PENGARUH

 

PENGARUH GAYA HIDUP HEDONIK DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI:

PENGARUH

1. Pengaruh Media Massa dan Media Sosial
Huraian:
Media massa dan media sosial memaparkan gaya hidup mewah, keseronokan, dan kemewahan sebagai simbol kejayaan. Individu yang terdedah kepada kandungan seperti ini cenderung meniru gaya hidup tersebut, sekali gus memupuk sikap mementingkan keseronokan dan kepuasan diri semata-mata.

2. Globalisasi dan Pengaruh Budaya Barat
Huraian:
Globalisasi membuka ruang kepada budaya luar masuk ke dalam negara. Budaya Barat yang lebih terbuka dan menitikberatkan kebebasan individu mempengaruhi masyarakat tempatan untuk mengutamakan hiburan, keseronokan, dan kebebasan tanpa batas, yang merupakan asas kepada budaya hedonisme.

3. Tekanan Sosial dan Gaya Hidup Moden
Huraian:
Dalam masyarakat moden, ramai individu ingin menunjukkan status dan gaya hidup mereka melalui barangan mewah atau aktiviti hiburan. Ini mencetuskan tekanan sosial, terutamanya dalam kalangan remaja, untuk turut serta dalam budaya mengejar keseronokan bagi diterima oleh rakan sebaya.

4. Kekurangan Didikan Agama dan Moral
Huraian:
Kurangnya pendedahan kepada pendidikan agama dan nilai moral menyebabkan individu tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam membuat pilihan hidup. Tanpa bimbingan nilai yang kukuh, mereka mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme yang mementingkan kenikmatan jangka pendek.

5. Kepincangan Institusi Keluarga
Huraian:
Keluarga yang tidak berfungsi dengan baik atau kurang memberi perhatian terhadap pembangunan sahsiah anak-anak boleh menyebabkan mereka mencari kepuasan dan kebahagiaan di luar rumah. Ini mendorong mereka kepada budaya hedonisme sebagai jalan keluar daripada kekosongan emosi.






KESAN NEGATIF BUDAYA HEDONISME

1) Kesan negatif hedonisme juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Jika golongan para remaja terlibat dalam budaya ini ianya akan memburukkan keadaan lagi tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa.

2) Selain itu, ini akan menggagalkan lagi usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan. Golongan yang terlibat dengan budaya ini secara automatik akan menjejaskan perilaku akhlak seseorang.

3)Budaya hedonisme juga akan merembaskan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan remaja dan belia. Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

4)Kerajaan juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membanteras masalah yang timbul berkaitan dengan gejala hedonisme ini. Dalam masa yang sama, ini akan membantut usaha dalam mencapai wawasan 2020.

         


CARA MENGATASI MASALAH BUDAYA HEDONISME

  1)Mempunyai Nilai-Nilai Murni
- Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri umat Islam amatlah penting. Hal ini adalah kerana masyarakat Islam menjalani arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil lagi. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Oleh itu, ibubapa haruslah mencorak titik-titik yang baik kepada anak-anak supaya menjadi pewaris agama yang berjaya.

2)  Ibubapa harus enjadi    
- Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan anak-anak mereka kerana terlalu sibuk    dengan kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita haruslah menjadi contoh yang terbaik    untuk anak-anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik. Ibubapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan.





Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

PENGENALAN